Had Al-Kifayah sebagai Garis Pembeza antara Golongan Susah dan Senang dalam Sesebuah Masyarakat: Suatu Tinjauan Kritis

2017 
Tulisan ini cuba mengutarakan salah satu konsep dalam ekonomi Islam iaitu konsep Had al-Kifayah (Garis kecukupan keperluan seseorang). Menerusi tulisan ini, pengkaji cuba mengenengahkan kelebihan konsep ini dalam menentukan garis pemisah antara golongan susah dan senang dalam sesebuah masyarakat. Sehubungan itu, pengkaji akan mengutarakan dalil-dalil menerusi al-Quran dan al-Hadith serta analisis yang mengambil kira pandangan pelbagai ulama dalam pelbagai mazhab. Antara perkara yang akan dianalisis adalah konsep kecukupan serta elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam pengiraan Had alKifayah itu sendiri. Seterusnya pengkaji akan mengutarakan berkenaan kekuatan konsep Had al-Kifayah dalam pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat. Akhirnya tulisan ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan dalam penentuan garisan yang memisahkan antara golongan miskin yang layak menerima zakat dan juga golongan kaya yang wajib mengeluarkan zakat menurut panduan berasaskan konsep Had al-Kifayah ini.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []