Cabaran Globalisasi Komuniti Kraf : Paradigma Seni Wanita Melayu Sarawak

2014 
Seni dan budaya di kalangan masyarakat Melayu bertitik tolak daripada pelbagai pengaruh dari luar. Penambahan dan pengurangan dalam perkembangan budaya mesyarakat Melayu ini merupakan proses difusi. Ia memainkan peranan penting dalam membina tradisi Melayu yang lebih dinamik. Melalui proses difusi inilah transformasi paradigma seni dapat dilihat di dalam masyarakat Melayu moden hari ini dari segi penghasilan, aplikasi teknologi, pengabungan ilmu yang universal baru dan lama. Walaubagaimana pesatnya perkembangan proses difusi budaya tersebut di dalam masyarakat Melayu, struktur sosial dari segi adat, seni dan tradisi tetap dipertahankan. Kajian ini melibatkan penganalisaan tentang pegerakan serta cabaran seni tekstil dan kraf komuniti wanita Sarawak di dalam menjanakan ekonomi keluarga selari dengan pertumbuhan budaya popular moden. Ia juga mengenalpasti keistimewaan dan identiti seni budaya tersebut dalam menghadapi pasaran global berlandaskan pengubalan Dasar Kerajaan. Hasil dapatan kajian mendapati perkembangan seni tesktil dan kraf bagi kaum wanita di Sarawak adalah tidak statis. Ini adalah disebabkan penerapan konsep perkongsian ilmu secara terbuka bagi mengisi kestabilan antara tradisi dan perubahan moden yang lebih kompetitif dan rasional. Terdapat dua proses utama yang dikenalpasti di kalangan komuniti kraf wanita Melayu Sarawak dalam penghasilan kesenian mereka iaitu proses akulturasi dan proses asimilasi. Mereka menjadikan seni kerajinan tangan tekstil sebagai teras kepada pengekalan identiti Melayu yang mana penggabungan unsur-unsur lama dan baru diterapkan di dalam kraf mereka. Penubuhan persatuan-persatuan dan pusat kemahiran anjuran sektor awam dan swasta seperti persatuan ibu tunggal (PISTA), WADESA, Koperasi Wanita Sarawak, pusat pembangunan jati diri, pusat latihan belia, kraftangan dan sebagainya, telah memberi peluang kepada wanita di Sarawak untuk menjana pendapatan sendiri dan secara langsung mempertingkatkan ekonomi negara. Melalui penubuhan sebegini perkembangan seni tekstil dan kraf dapat dipeluaskan mengikut keperluan semasa
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []