Tahap kreativiti di kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

2011 
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengukur tahap kreativiti di kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Jumlah responden yang terlibat seramai 161 orang pelajar program sains iaitu 19 orang pelajar lelaki dan 142 orang pelajar perempuan. Instrumen kajian yang digunakan adalah set borang soal selidik yang diubahsuai berdasarkan Ujian Pemikiran Kreatif Guilford dan Torrance untuk menguji empat kriteria kreativiti iaitu keaslian, kefasihan, kelenturan dan penghuraian. Data yang diperolehi disemak dan pemarkahan diberikan berdasarkan skema yang dicadangkan oleh Guilford dan Torrance seterusnya dianalisis mengunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar program sains di Fakulti Pendidikan mempunyai pemikiran tidak kreatif iaitu sebanyak 85.10% daripada keseluruhan responden. Keputusan Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara tahap kreativiti merentasi jantina (p=0.519). Hasil analisis statistik ANOVA pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kreativiti merentasi pencapaian akademik (p=0.419). Daripada dapatan kajian mendapati tahap kreativiti yang rendah di kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan yang merupakan bakal-bakal guru akan menjejaskan proses penyampaian ilmu di dalam kelas kelak. Oleh itu, usaha-usaha yang berkaitan perlu dilakukan bagi meningkatkan kreativiti bakal guru sains supaya dapat menggalakkan persekitaran pembelajaran yang kreatif di dalam kelas seterusnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan boleh menjadi pewaris agama, bangsa dan negara.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    4
    Citations
    NaN
    KQI
    []