Pemakaian tutur sapaan kekerabatan dalam masyarakat Aceh

2016 
Kajian ini penting dilakukan kerana ada hubung kait bahasa, struktur sosial, dan kebudayaan suatu masyarakat. Kajian ini bertujuan menemukan sapaan kekerabatan, mendeskripsikan faktor yang mempengaruhi pemakaian sapaan dan menemukan pemilihan pemakaian tutur sapaan. Teori Koentjaraningrat (1992) dan Purwoko (2008) diaplikasikan dalam kajian ini.Untuk tahap awal kajian ini hanya difokuskan pada tiga kabupaten, iaitu Kabupaten Aceh Pidie, Kabupaten Aceh Besar, dan Kabupaten Aceh Selatan. Metode kajian yang diguna pakai adalah metode deskriptif dengan jenis kajian kualitatif memanfaatkan data yang diperoleh berasaskan natural setting. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bentuk-bentuk tutur sapaan kekerabatan yang diguna pakai oleh penyapa di Kabupaten Pidie dan Kabupaten Aceh Besar secara am tidak jauh berbeza baik tutur sapaan kekerabatan keturunan mahupun hubungan perkahwinan. Perkara yang berbeza terlihat pada sebahagian tutur sapaan kekerabatan yang diguna pakai oleh masyarakat Aceh Selatan. Selanjutnya, faktor yang mempengaruhi pemilihan pemakaian sapaan kekerabatan dalam masyarakat Aceh adalah (1) umur, (2) tingkat generasi, masyarakat Aceh saling menyapa dengan tutur sapaan sesuai dengan kedudukan, peranan, dan status masing-masing, (3) jantina, dan (4) status perkahwinan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []