Analisis keperluan pembentukan model psikologi komunikasi isteri bermadu mengurus konflik rumah tangga

2021 
Pasangan rumah tangga poligami sering berhadapan dengan konflik dan menjadi buntu ekoran tidak tahu bagaimana kaedah untuk mengurus konflik yang berlaku. Artikel ini bertujuan mengenal pasti keperluan pembinaan model psikologi komunikasi isteri bermadu dalam mengurus konflik rumah tangga. Analisis keperluan ini dilaksanakan bertujuan bagi memastikan model yang bakal dibentuk memenuhi keperluan sasaran model dan menentukan spesifikasi model yang dibina. Proses analisis keperluan pembinaan model ini dijalankan menerusi temu bual separa berstruktur. Pemilihan informan dilakukan secara persampelan bertujuan iaitu lima orang isteri yang bermadu dan seorang suami yang berpoligami. Transkripsi data temu bual dianalisis bagi membentuk tema dan subtema. Proses kesahan tema dan subtema ini dilakukan menerusi kaedah pengiraan Cohen Kappa. Dapatan temu bual berkaitan keperluan pembinaan model ini mengutarakan empat tema dan subtema utama, iaitu: (1) Kewujudan konflik dalam rumahtangga bermadu, (2) Faktor-faktor berlakunya konflik rumah tangga bermadu, (3) Pendekatan dilakukan dalam mengurus konflik rumah tangga bermadu, dan (4) Keperluan pembangunan model. Pembinaan model ini boleh menjadi panduan kepada pasangan suami isteri dalam pengurusan konflik rumah tangga bermadu.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []