Ketokohan dan Sumbangan Johan-johan Qari Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Malaysia di Malaysia dari Tahun 1961-1995

2020 
Ketokohan dan Sumbangan Johan-johan Qari Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Malaysia di Malaysia dari Tahun 1961-1995 The championship and contribution of Quranic reciters of Malaysian International Quran Recital Competition from 1961-1995 Abstrak Kemunculan ramai tokoh-tokoh tarannum di Malaysia pada abad ke-21 telah banyak memberi sumbangan dan impak kepada perkembangan ilmu seni tarannum al-Quran di Malaysia. Kehebatan dan kemahiran mereka dengan memenangi pertandingan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa berulang kali dan bacaan menjadi rujukan dan panduan hingga kini serta dapat melahirkan pelapis para qari yang sangat ramai yang turut menjuarai acara tersebut di pentas yang sama membuktikan kemampuan dan kebolehan sebenar mereka. Namun qari-qari tersebut tidak begitu dikenali secara dekat oleh kalangan qari dan qariah mahupun masyarakat umum. Objektif kajian ini akan menjelas kan biografi qari-qari yang memenangi tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa di Malaysia dari tahun 1961-1995. Kajian ini juga menghurai sumbangan mereka dalam pengembangan ilmu tarannum di Malaysia khusus kepada para qari muda. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Pengumpulan data diperolehi daripada sumber bahan-bahan dokumen seperti jurnal, artikel, bahan-bahan arkib dan temu bual bersama qari-qari. Data analisis secara deskriptif. Hasil kajian menemukan sepuluh orang qari yang berjaya dalam pertandingan tersebut telah memberikan sumbangan begitu besar dalam pengembangan ilmu seni tarannum di Malaysia. Implikasi kajian adalah melahirkan qari dan qariah pelapis yang mengungguli acara tilawah di pelbagai peringkat anjuran. Kata kunci : qari, sumbangan, tarannum, tilawah. Abstract The emergence of many Malaysian tarannum figures in the 21 st century has given alot of contribution and impact to the development of Quranic tarannum knowledge in Malaysia. Their greatness and skills by winning the International Quran Recital Competition repeatedly and their recitations have been a reference and guide until now. Their influence also able to produce a large number of reciters who also won the event on the same stage proving their true abilities. However, these tarannum figures are not very well known by the new qari (male reciter) and qariah (female reciter) or the public. The objective of this study is to explain the biographies of the Malaysian reciters or tarannum figures who won the International Quran Recital Competition in Malaysia from 1961-1995. This study also describes their contribution in the development of tarannum knowledge in Malaysia specifically for new reciters. This study using qualitative research method. The data is obtained from the documents analysis such as journals, articles, archival materials and interviews with the qari . The data is then analysed descriptively. The results of the study showed that ten successful reciters in the competition have contributed a lot to the development of tarannum knowledge in Malaysia. The implication of the study is to produce the next generation of qari and qariah that excel in the Quranic recitation competitions at various stages. Keywords : Quranic reciter, contribution, tarannum , tilawah .
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []