Keberhasilan Pemulihan dalam Komuniti dan faktor berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

2021 
Kanak – kanak kurang upaya memerlukan pemulihan yang komprehensif dan berterusan. Pusat Pemulihan dalm Komuniti (PDK) telah dibina untuk memenuhi keperluan ini dan telah memberi manfaat kepada semua peringkat umur dalam kalangan masyarakat bandar dan luar bandar. Di Malaysia, kerajaan telah membiayai sebahagian besar pemulihan kanak – kanak kurang upaya di PDK. Walau bagaimanapun, setakat ini kajian mengenai keberhasilan PDK untuk kanak – kanak kurang upaya di negara ini amat terhad. Kajian ini bertujuan menentukan keberhasilan program pemulihan serta mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengannya dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya di PDK.  Sejumlah 220 orang kanak – kanak kurang upaya berumur 4 hingga 18 tahun dan 220 penjaga daripada 29 pusat PDK di Pahang, Terengganu dan Kelantan telah menyertai kajian. Keberhasilan program ditentukan dari aspek perubahan tahap keupayaan dalam aktiviti harian menggunakan Indeks Barthel selepas 6 bulan menjalani PDK. Faktor berkait yang dikaji ialah umur, jenis kurang upaya, skor asas Indeks Barthel, jenis program yang diikuti dan kekerapan kehadiran ke sesi terapi. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan kecil dalam Indeks Barthel, min perubahan ± SP bersamaan 0.90 ± 4.54 (p=0.003) selepas pemulihan. Tahap kehadiran ke sesi terapi adalah rendah iaitu 0.05) kecuali jenis program yang diikuti (r=0.14, p=0.03). Sebagai kesimpulan, keberhasilan pemulihan yang diperolehi melalui PDK amat kecil bagi tempoh latihan yang dijalani. Implementasi program perlu dinilai dan ditambahbaik bagi meningkatkan manfaatnya terhadap kanak-kanak kurang upaya.  Kata kunci: Pemulihan, Komuniti, Kanak-kanak kurang upaya DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2021-1901-19
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []