Isu-isu Agama dalam Hubungan Antara Kaum Di Malaysia 1980-2005

2019 
Isu-isu yang berkaitan agama merupakan antara isu yang signifikan kepada hubungan etnik di Malaysia kerana agama merupakan salah satu identiti utama etnik-etnik di Malaysia. Ia merupakan isu yang mempunyai potensi untuk mencetuskan salah faham, prejudis, perasaan tidak puas hati serta konflik dalam hubungan inter-etnik (antara orang Islam dan bukan Islam) di Malaysia. Artikel ini membincangkan enam isu agama yang melibatkan hubungan Muslim dan non-Muslim di Malaysia dan respons mereka terhadap isu-isu berkenaan. Mereka menyuarakan rasa kurang berpuas hati dalam beberapa isu yang mungkin dilihat tidak adil kepada mereka. Isu-isu berkenaan ialah Islam agama yang eksklusif, kebebasan beragama, bidang kuasa mahkamah, pembinaan rumah ibadat, isu Bahasa dan negara Islam.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []