Perkembangan Awal Pengaruh Shaykh al-Albani Terhadap Masyarakat Syria

2017 
Abstrak Kertas kerja ini bertujuan membincangkan pengenalan ringkas pengaruh Shaykh  Muhammad Nasir al-Din al-Albani di Syria. Negara pertama beliau diami setelah berhijrah dari Albania, tanah kelahiran beliau.  Di sinilah jati diri beliau sebagai pakar dalam bidang hadith kurun ke-20 terbentuk dan beliau dikenali sebagai salah seorang tonggak aliran salafi. Kertas kerja ini mengkaji  proses pembentukan pengaruh beliau dalam kalangan masyarakat Syria pelbagai lapisan masyarakat dan juga inti pati yang diterapkan dalam dakwah beliau.  Reka bentuk kajian yang digunakan adalah secara kualitatif iaitu kajian kepustakaan dengan metode menganalisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajian hadith yang diceburi dan ditekuni selama bertahun-tahun serta pegangan beliau dengan Manhaj Salaf telah membentuk beliau menjadi seorang tokoh hadith dan tonggak pemikiran salafi yang disegani oleh kawan dan lawan. Selain itu, didapati bahawa metode dialog beliau dengan individu dan kumpulan yang tidak sealiran telah melonjakkan nama beliau sebagai seorang ilmuan yang mempunyai pengaruh yang besar dan mencipta fenomena baharu di Syria. Kata kunci: Pengaruh al-Albani, tokoh hadith abad 20, tokoh salafi, tokoh hadith Syria, muhaddith aliran salafi. Abstract This article aims to discuss the influence of Shaykh Muhammad Nasir al-din al-Albani in Syria which is the first country he sojourn after migrating from his birthplace,Albania. al-Albani was first known by people as an expert  the field of hadith for 20th century and one of the most important figures in salafis’ movement. This paper examines the process of the formation of al-Shaykh’s influence in the Syrian community at various walks of life and also the essence of  his thought during preaching. The reaserch design is qualitative as employing library research and textual analyzing. The findings of this study has discovered that the school or hadith studies as well as early education he obtained in his previous years of life had shaped his salafi thought and expertise in the hadith field. He received credits and praises from his contemporaries and rivals. In addition it found that his metode of dialogue with allies and opponents contributed to make him popular as a scholar who had an impact in Syria. Keywords: al-Albani, hadith, salafis’ movement, the Syrian community, hadith studies.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []