Kursus e-hospitaliti dan pelancongan berdasarkan gaya pembelajaran pelajar

2021 
Kebolehan memproses sesuatu maklumat dalam pembelajaran melibatkan keupayaan pelajar untuk menerima dan memahami maklumat yang diperoleh. Keupayaan tenaga pengajar dalam mengenal pasti kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran memainkan peranan penting dalam peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Keperluan dalam mempelbagai kaedah pembelajaran pada masa kini dilihat sebagai langkah untuk memperhalusi pendekatan pembelajaran seiring dengan pembangunan teknologi terkini. Gaya pembelajaran pelajar yang berbeza mempengaruhi kualiti pembelajaran dan tahap motivasi terhadap sesuatu kursus, khususnya kursus hospitaliti dan pelancongan. Kursus ini kurang diberi penekanan daripada aspek teori dan hanya memberi tumpuan terhadap keperluan praktikal sahaja. Justeru, kajian ini mengkaji kepada penyesuaian gaya pembelajaran pelajar berdasarkan model gaya pembelajaran Felder-Silverman. Gaya pembelajaran pelajar yang dikenalpasti melalui kajian tinjauan terhadap 80 orang pelajar kursus Hospitaliti dan Pelancongan diguna sebagai asas untuk pembangunan model e-Hospitaliti dan Pelancongan. Model e-Hospitaliti dan Pelancongan yang dihasil boleh dijadikan sebagai panduan dalam e-Pembelajaran teknikal dan vokasional.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []