Sistem penilaian pengalihudaraan untuk pembangunan perumahan lestari (Ventilation Flow Evaluation System for Sustainable Housing Development) / Nur Azfahani Ahmad … [et al.]

2019 
Laporan Jawatankuasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1984 telah menyatakan bahawa sehingga 30 peratus bangunan di dunia mungkin menghadapi masalah yang berkaitan dengan Kualiti Udara Dalaman (IAQ). Pengudaraan yang tidak mencukupi akan mengakibatkan udara tidak berkitar dan ini menyebabkan udara terperangkap di dalam bangunan. Ini akan membawa kepada masalah yang lebih besar, yang dikenali sebagai Sindrom Bangunan Sakit (SBS). SBS boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk alahan, masalah pernafasan akut, rasa tidak selesa dan kesan psikologi lain. Sistem Penilaian Pengalihudaraan adalah sebuah inovasi yang berasaskan sistem aplikasi data di komputer yang dibangunkan untuk mengakses dan mengukur aliran pengudaraan di bangunan baru atau diubahsuai untuk mencegah atau mengurangkan masalah ini. Tujuan sistem ini dibuat adalah untuk menyediakan maklumat bagi pereka bangunan dalam menyelesaikan isu-isu Kualiti Udara Dalaman (IAQ) terutamanya yang berkaitan dengan aliran pengudaraan berdasarkan peraturan-peraturan yang disediakan dalam Standard Malaysia (MS 1525). Sistem ini akan membolehkan pelan bangunan mudah diukur dan dianalisis berdasarkan data pengudaraan yang dikumpul di tapak, untuk membolehkan bangunan mendapatkan udara yang sihat dan mencukupi untuk tujuan pernafasan dan keselesaan pengguna bangunan. Sistem ini juga mampu mencadangkan pelan susun atur yang sesuai di dalam bangunan untuk memenuhi keperluan pengudaraan yang terdiri daripada pengudaraan silang dan pengudaraan tersusun (“stack”).
    • Correction
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []