Pembangunan Menurut Perspektif Islam: Satu Analisis Awalan (Development from Islamic Perspective: An Interim Analysis)

2013 
ABSTRAK Pembangunan menurut Islam adalah bersifat multi-dimensi yang meliputi aspek fizikal, kerohanian dan moral. Penilaian pembangunan adalah berpusat kepada konsep tauhid iaitu Allah sebagai pemilik mutlak dan manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab membangunkan alam semesta berlandaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Persoalannya, apakah tujuan sebenar pembangunan menurut Islam, dan bagaimana cara terbaik untuk mengukurnya serta apakah falsafah yang boleh dikaitkan dengan pembangunan menurut Islam. Oleh itu, semua persoalan tersebut akan dirungkai melalui kaedah epistemologi ilmu Islam iaitu kaedah kembali kepada fiqh yang asal. Dapatan kajian mendapati faktor keimanan dan ketaqwaan menyumbang perubahan dalam tingkat pembangunan. Walaubagaimanapun kajian juga mendapati bahawa dari segi functional, model pembangunan mengikut perspektif Islam adalah mempunyai persamaan dengan model pembangunan konvensional. Kajian merumuskan bahawa pengaplikasian model pembangunan menurut perspektif Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah dapat menghasilkan natijah yang lebih luas berbanding dengan model pembangunan konvensional. Oleh itu seharusnya model pembangunan Islam dapat diterapkan ke dalam dasar pembangunan negara.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    8
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []