Penghayatan prinsip Islam Hadhari di kalangan warga kampus / Che Bakar Che Mat ... [et al.]

2009 
Kajian ini berkisar mengenai Penghayatan Prinsip Islam Hadhari Di Kalangan Warga Kampus. Kajian memfokuskan kepada prinsip utama Islam Hadhari iaitu Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah dan responden adalah di kalangan pelajar UiTM Sarawak. Penulis cuba mengenalpasti adakah prinsip ini dihayati dan dipraktiskan dalam kehidupan. Penulis mendapati, amalan terhadap prinsip utama Islam Hadhari ini masih belum sempuma. Ini berdasarkan dapatan kajian yang dibuat menunjukkan kebanyakkan pelajar gagal melaksanakan aspek fardhu Ain dan juga fardhu Kifayah dengan sempuma. Dapatan juga menunjukkan berlakunya perkara-perkara yang ditegah agama dalam skala yang agak tinggi. Oleh yang demikian daripada dapatan kajian ini, ia menguatkan lagi dakwaan bahawa kebanyakkan umat Islam kini berhadapan dengan masalah kegawatan akidah.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []