language-icon Old Web
English
Sign In

Pengurusan prapembinaan ukur bahan

2017 
Industri pembinaan memainkan peranan penting dalam peningkatan ekonomi negara membangun seperti Malaysia. Pada suku tahun ketiga 2014 industri pembinaan telah menyumbangkan sebanyak 9.6% kepada pengeluaran negara kasar (Jabatan Statistik Malaysia, 2015). Dalam menjayakan hasrat ini, semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan haruslah bekerjasama dan berganding bahu agar perkembangan pesat industri ini sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Begitu juga peranan dan tugas Juruukur Bahan yang berkembang mengikut arus pembangunan dari masa ke semasa. Juruukur Bahan merupakan pihak yang terlibat secara langsung dalam sesuatu projek bermula dari peringkat awalan sehingga penyediaan akaun muktamad adalah bertanggungjawab dalam memastikan kos projek tidak melebihi peruntukan yang telah ditetapkan oleh pihak majikan. Justeru itu, maklumat dan objektif yang tepat mengenai projek adalah penting untuk memastikan kos yang dianggarkan menepati dan di dalam lingkungan bajet yang telah ditetapkan oleh majikan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []