PENDEKATAN DAKWAH DI HOSPITAL DALAM MEMBIMBING KEROHANIAN PESAKIT (The Approach of Da’wah at Hospital in Guiding Patient's Spiritual)

2020 
ABSTRAK Pesakit di hospital bukan sekadar memerlukan rawatan klinikal tetapi mereka juga memerlukan bimbingan kerohanian untuk membantu mendapatkan emosi yang kuat dan tabah dalam menghadapi ujian sakit. Namun, aspek kerohanian sering dipandang sepi sedangkan kesakitan fizikal mempunyai kaitan yang rapat dengan aspek kerohanian. Rawatan yang melibatkan kedua-dua aspek ini perlu digabungkan secara bijak untuk menghasilkan rawatan yang holistik kepada pesakit. Pendakwah berperanan untuk membantu pesakit mendapat kesejahteraan dari sudut kerohanian. Terdapat tiga tahap pendekatan dakwah di hospital iaitu nasihat, bimbingan dan pengukuhan emosi dan psikologi. Oleh kerana hospital menumpukan kepada rawatan klinikal, maka dakwah dan bimbingan kerohanian dijalankan secara sokongan dan sukarela. Artikel ini mengemukakan tiga tahap pendekatan ini dan pelaksananya yang terdiri daripada kakitangan hospital, pegawai yang dikhususkan, ahli keluarga dan orang luar termasuklah pesakit itu sendiri. Kakitangan dan pegawai perlu mengambil tanggungjawab ini walaupun mereka mempunyai kerja hakiki di hospital, manakala ahli keluarga sangat bertanggungjawab dalam memastikan tanggungjawab pesakit terhadap sudut ibadah dipenuhi. Pesakit juga perlu meningkatkan sendiri keyakinan dan amalan kerohanian supaya kuat menghadapi ujian sakit. ABSTRACT Patients in the hospital do not only need clinical care, but they also need spiritual guidance to strengthen and manful emotion in facing their pain testing. Nevertheless, the spiritual aspects are often overlooked; meanwhile, the physical pain is closely related to the spiritual aspects. Treatments with both aspects need to be combined wisely to provide a holistic treatment to the patients. Here, da’wah plays the role of helping the patient in spiritual well-being. There are three stages of da’wah’s in the hospital: advising, coaching, emotional and psychological counseling. As the hospitals focus on clinical care, spiritual guidance will be conducted on a supportive and voluntary basis. This article discusses these approaches and their roles that will include the hospital staff, dedicated officers, family members, and outsiders, including the patient himself. Hospital staffs and officers shall take on this responsibility in addition to their primary task in the hospital, while family members are very responsible in ensuring the patient’s responsibilities in worship are fulfilled. Patients also have to improve their self-confidence and spiritual experience in order to withstand the pain test.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []