Analisis Penulisan Hadis dalam Kitab Jawi: Kajian Terhadap Kitab Bisharah al-Amilin wa Nadharat al-Ghafilin Karya Ahmad al-Fatani

2017 
Kitab Jawi merupakan khazanah berharga yang diwarisi oleh generasi masa kini daripada ulama terdahulu. Melalui penghasilan kitab-kitab Jawi dalam pelbagai bidang, maklumat mengenai Islam dapat disebarkan secara meluas di Nusantara. Dalam kerangka ini, makalah ini menganalisis secara terperinci metodologi penulisan kitab dan penulisan hadis kitab ‘Bisharah Al-Amilin Wa Nadharat Al-Ghafilin’ yang telah dikarang oleh Syeikh Ahmad al-Fatani. Perincian metodologi penulisan kitab meliputi sistematika penyusunan kitab, metode tabwib, isi dan kandungan, teknik penghujahan, bentuk pernyataan rujukan dan gaya bahasa. Sementara itu analisis penulisan hadis merangkumi penulisan matan hadis, sanad hadis, terjemahan hadis, status hadis, sumber dalil dan sumber rujukan hadis.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []