Konsepsi alternatif bagi topik prinsip archimedes dalam kalangan bakal guru fizik Universiti Teknologi Malaysia

2011 
Kajian ini bertujuan mengenalpasti konsepsi alternatif yang wujud dalam topik prinsip Archimedes dalam kalangan bakal guru fizik UTM. Sampel kajian terdiri daripada 47 orang responden dalam jurusan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik). Ujian Penguasaan Konsep Keapungan digunapakai dan terdiri daripada bahagian maklumat diri serta soalan-soalan berkaitan prinsip Archimedes. Bagi menganalisis jawapan responden, satu skema jawapan telah disediakan dan disahkan oleh pakar bidang. Kajian ini mendapati bakal guru fizik UTM mempunyai konsepsi alternatif dalam konsep keapungan dan menariknya, bakal guru fizik UTM yang telah menjalani LM mempunyai konsepsi alternatif yang kurang berbanding yang belum menjalaninya. Selain itu, bakal guru fizik UTM juga didapati mempunyai konsepsi alternatif yang amat tinggi dalam item yang mengukur hubungan antara daya tujah dengan jisim objek. Namun, kesemua responden tidak mempunyai konsepsi alternatif dalam item yang mengukur hubungan antara daya tujah dengan berat bendalir tersesar. Kajian ini mencadangkan agar bakal guru fizik UTM didedahkan dengan kaedah pengajaran secara kefahaman konseptual dalam prinsip Archimedes dan melaksanakan eksperimen prinsip Archimedes dengan mengkaji hubungan antara daya tujah dengan isipadu objek, jisim objek, ketumpatan bendalir dan kedalaman objek tenggelam.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    4
    References
    1
    Citations
    NaN
    KQI
    []