Pengambilan buah-buahan dan penilaian sensori: kajian kes di Seberang Jaya Pulau Pinang / Hussin Khan Rahmatullah Khan, Mohamad Azli Razali and Khairul Hidayat Rezo

2009 
Kajian dijalankan untuk menentukan pengambilan buah-buahan di kalangan 200 orang penduduk Seberang Jaya Pulau Pinang dan sensori buah-buahan yang terpilih. Kaedah persampelan secara rawak dilakukan ke atas penduduk yang berumur 19 hingga 52 tahun dan telah dijalankan di beberapa tempat sekitar Seberang Jaya Pulau Pinang. Borang kaji selidik digunakan dan subjek ditemuramah untuk mengumpulkan maklumat corak pengambilan buah-buahan. Seterusnya varieti buah-buahan dikenalpasti daripada 3 jenis buah-buahan yang mencatatkan min pengambilan tertinggi untuk dinilai tahap penerimaan sesuatu buah-buahan. Responden kajian terdiri daripada 60% perempuan dan 40% lelaki, 57% adalah bujang manakala 43% berkahwin. Kebanyakan responden kajian adalah kakitangan kerajaan (40%), diikuti pelajar (26%), kakitangan swasta (18%), bekeija sendiri (9%) dan tidak bekeija (7.0%). Min umur keseluruhan subjek kajian adalah 27 tahun. Manakala min pengambilan buah-buahan untuk kesemua subjek adalah 1.85 hidangan sehari iaitu satu nilai yang rendah berbanding nilai saranan. Buah yang paling kerap dimakan adalah Epal Merah iaitu 1.30 hidangan sehari dengan masa lapang adalah masa paling sesuai buah-buahan diambil untuk dimakan. Penilaian sensori menunjukkan Red Delicious paling disukai bagi kategori epal, pisang mas bagi kategori pisang manakala Valencia bagi kategori sitrus.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []