Pemencilan, Identifikasi dan Penilaian Aktiviti Antioksidan Flavonoid Daripada Daun Morinda Citrifolia (Mengkudu) dan Premna Serratifolia (Be Buas)

2005 
Sembilan komponen flavonoid berjaya diasingkan daripada daun Morinda citrifolia dan daun Premna serratifolia. Lima daripadanya adalah komponen flavonoid yang diasingkan dan dikenalpasti daripada daun Morinda citrifolia iaitu quercetin-3,7-0-dimethyl ether, quercetin 3-0-methyl ether, kaempferol 3,4'-0-dimethyl ether, kaempferol 5,7-0-diarabinoside dan apigenin. Manakala empat komponen flavonoid lagi berjaya dikenalpasti daripada daun Premna senatifolia; luteolin 7-0-methyl ether, apigenin 5,7-0-dimethyl ether dan dua terbitan flavone C-glycoside. Pemencilan komponen flavonoid dilakukan dengan menggunakan teknik kertas kromatografi dengan empat sistem pelarut yang berbeza; BAW (n-butanokasid asetik:air; 4: 1 :5), 15% asid asetik, BEW (n-butano1:etanol:air; 4:1:2.2) dan air. Flavonoid dikenalpasti melalui warnanya di bawah sinar ultra violet (UV) denganltanpa wap amonia (NH3), nilai Rf, hidrolisis asid untuk mengasingkan flavonoid aglikon dan gula serta perbandingan ko-kromatografi dengan bahan penanda piawai dan analisis spektrum menggunakan satu siri bahan reagen; (NaOAc +H3B03), NaOH dan (AICI3+2N HCI). Semua komponen flavonoid yang ditemui merupakan penemuan baru dan belum pernah dilaporkan ditemui pada tumbuhan yang sama. Aktiviti antioksidan bagi setiap komponen flavonoid ditentukan dengan menggunakan teknik Pelunturan 13-karotena (BCB). Butylated hydroxyl toluene (BHT) dan quercetin digunakan sebagai bahan penanda piawai positif. Hasil daripada kajian menunjukkan kesemua komponen flavonoid yang telah diasingkan mempunyai aktiviti antioksidan pada minit ke 40. Quercetin 3-0-methyl ether mempunyai aktiviti antioksidan yang tertinggi dengan nilai 77.67% dan di ikuti quercetin 3,7-0-di methyl ether (77.OO%), luteolin 7-0-methyl ether (74.1 0%), kaempferol 3,4'-0-dimethyl ether (66.47%), apigeni n (58.1 0%), kaempferol 5,7-0-diarabinoside (56.14%), apigenin-5,7-0-dimethyl ether (38.10%), flavone-C-glycoside daripada ekstrak ekstrak petroleum eter P. serratifolia (35.70%) dan flavone-C-glycoside daripada ekstrak klorofom P. serratifolia (21.47%). Ujian statistik dijalankan dengan menggunakan kaedah ANOVA-Satu Hala dan ujian post-hoc, Tukey; daripada perisian SPSS versi 1 1.0 didapati kesemua komponen flavonoid mempunyai perbezaan purata aktiviti antioksidan yang signifikan dengan bahan penanda piawai positif, quercetin dan BHT yang digunakan dengan nilai p< 0.05.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []