Penilaian Pendedahan Plumbum Dari Segi Perkembangan Mental Dan Fizikal Kanak-Kanak Sekolah Rendah Di Kawasan Perindustrian Dan Perbandaran, Malaysia

2001 
Kajian pendedahan plumbum di kalangan kanak-kanak telah dijalankan dengan menggunakan kepekatan plumbum darah, asid &-aminolevulinik urin (&-ALA urin) dan plumbum urin sebagai indikator. Ujian tahap cerdik pandai (IQ) dan ukuran antropometri juga telah dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan plumbum darah, asid &-aminolevulinik urin (&-ALA) dan plumbum urin ke atas tahap cerdik pandai (IQ) dan perkembangan fizikal kanak-kanak sekolah rendah. Seramai 269 orang kanak-kanak Melayu yang berumur dalam lingkungan 61;1 hingga 81;1 tahun iaitu 169 orang daripada kawasan bandar dan 100 orang daripada kawasan industri terpilih sebagai responden. Sampel darah responden diambil dengan menggunakan kaedah cucukan hujung jari dan kepekatan plumbum darah dan urin dicerap dengan menggunakan Spektrofotometer Serapan Atom Relau Grafit. Skor tahap cerdik pandai (IQ) kanak-kanak diukur dengan menggunakan 'McCarthy Scales of Children's Abilities Test' (MSCA) dan kepekatan asid &-aminolevulinik urin diukur dengan menggunakan Spektrofotometer UV/VIS melalui kaedah Satgunasingam et al., ( 1973).
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []