Pencemaran bunyi trafik di sekitar kawasan persekolahan

2001 
Kajian untuk menilai tahap pencemaran bunyi bising daripada trafik di sekitar salah sebuah sekolah di Senai telah dijalankan. Pengukuran bunyi bising dibuat menggunakan meter aras bunyi dan diukur dalam Skala unit desibels (dB). Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap bunyi bising yang sampai ke dalam kelas yang paling hampir dengan lebuhraya adalah di antara 53-57 dB(A). Keadaan ini boleh menyebabkan proses pembelajaran di dalam kelas tersebut terganggu. Ianya juga memaksa guru-guru yang mengajar meninggikan suara mereka bagi membolehkan semua pelajar di dalam kelas dapat mendengar dengan jelas apa yang diajar.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []