Kestabilan Emosi dan Cabaran Kehidupan Golongan Armalah

2020 
Kestabilan Emosi dan Cabaran Kehidupan Golongan Armalah Abstrak Peranan berganda sebagai ibu tunggal atau armalah menimbulkan pelbagai bentuk dan cabaran emosi yang memberikan tekanan mental, emosi dan fizikal kepada mereka. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji bentuk-bentuk dan cabaran-cabaran emosi dalam kalangan armalah. Ia menggunakan pendekatan kajian kualitatif yang berbentuk analisis kandungan. Sorotan literatur dijalankan bagi mengenalpasti definisi armalah, bentuk dan cabaran kehidupan golongan tersebut. Hasil analisis kajian mendapati bahawa terdapat dua kategori emosi yang iaitu kategori emosi yang stabil dan kategori emosi tidak stabil. Bagi kategori pertama terdapat tiga bentuk emosi stabil manakala kategori kedua iaitu emosi tidak stabil ada lima bentuk. Kajian ini juga mendapati golongan armalah berhadapan dengan cabaran kehidupan. Ini termasuklah cabaran kewangan yang tidak kukuh, gangguan emosi dan penyesuaian diri, peranan berganda sebagai ibu yang menggalas tugas bapa, stigma masyarakat, proses mahkamah yang panjang dan dilema tanggungjawab yang bertambah dalam lingkungan domestik dan keluarga besar. Berdasarkan bentuk dan cabaran yang dihadapi oleh golongan ini maka pelbagai pihak harus mengambil perhatian dan tindakan. Ini kerana golongan armalah adalah sebahagian masyarakat dan mereka mempunyai peranan dalam kesejahteraan anak-anak, keluarga, masyarakat dan negara. Single Mothers Emotional Stability and Life Challenges Abstract Additional roles and life burdens may bring mental, emotional and physical pressures on single parents. The aim of this article is to explore different types of emotions and challenges dealt by the single parents in their life. The article is based on a qualitative study that emphasising content analysis approach.  Review of the selected articles and reports is done with the aims to understand the definition of single parent and explore the emotional types and challenges that they have to adapt and dealt after the demise of their partners. The study discovers that there two categories of emotional stability addressed by the literature which are emotionally stable and non-emotionally stable. For the former category, there are three traits associate with the balanced emotion and for the latter it has five traits. The study underlines challenges dealt by the single parents and that include financial instability, emotional distractions, double burdens in adjusting the missing roles of a father in a family, stigma from the society, hassle and delayed legal process and dilemma in fulfilling additional domestic and family responsibilities. Single parents have important roles in children upbringing, family, social and nation well-being. Therefore, a joint responsibility, collaboration and consideration from many agencies is crucial.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []