Persepsi masyarakat terhadap produk buatan penjara

2019 
Jabatan Penjara Malaysia sebagai sebuah institusi koreksional bertanggungjawab untuk memulihkan banduan menjadi insan yang bermanfaat serta patuh kepada undang-undang apabila mereka kembali ke pangkuan masyarakat. Melalui program latihan kemahiran yang dilaksanakan, hasil tangan penghuni penjara telah dipasarkan di bawah jenama My Pride. Data yang diperolehi dari Seksyen Vokasional dan Latihan Industri, Jabatan Penjara Malaysia menunjukkan jualan produk My Pride menyumbang sekitar 25 peratus daripada nilai perolehan keseluruhan Jabatan Penjara. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk melihat potensi produk keluaran penjara yang dikategorikan kepada pembuatan, makanan, fabrik dan perkhidmatan agar dapat dipasarkan dengan lebih meluas dan berkesan. Melalui soal selidik, 612 data dari responden yang terdiri daripada pengguna dan bukan pengguna produk penjara telah dianalisis. Dapatan menunjukkan majoriti pengguna produk My Pride adalah kakitangan Jabatan Penjara sendiri. Bagi masyarakat awam, mereka menunjukkan sikap yang positif terhadap produk keluaran penjara di sebalik hakikat bahawa produk tersebut dihasilkan oleh banduan. Bagaimanapun, mereka belum menggunakan produk penjara kerana tiada pengetahuan tentang produk My Pride serta tidak tahu di mana mereka boleh mendapatkannya. Cadangan agar pihak penjara memperkukuhkan strategi pemasaran, terutamanya kepada masyarakat awam juga turut dibincangkan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []