Had Al-Kifayah Di Kalangan Masyarakat Islam: Merungkai Keperluan Kaedah Penentuan Garis Miskin Dan Kaya Berasaskan Sunnah Di Malaysia

2013 
Tulisan ini cuba mengutarakan salah satu konsep berasaskan Sunnah dalam ekonomi Islam iaitu konsep Had al-Kifayah (Garis kecukupan keperluan seseorang) yang disesuaikan dengan keperluan masyarakat Islam di Malaysia hari ini. Menerusi tulisan ini, pengkaji cuba mengenengahkan kelebihan konsep ini dalam menentukan garis pemisah antara miskin dan kaya dalam sesebuah negara berbanding dengan Paras Garis Kemiskinan yang digunapakai di Malaysia. Sehubungan itu, pengkaji akan mengutarakan dalil-dalil menerusi al-Quran dan al-Hadith serta analisis yang mengambil kira pandangan pelbagai ulama dalam pelbagai mazhab. Analisis ini seterusnya akan dibandingkan dengan konsep Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang digunakan di Malaysia. Seterusnya pengkaji akan mengutarakan hasil perbandingan ini meliputi penjelasan berkenaan kekuatan konsep Had al-Kifayah dalam pembangunan ekonomi sesebuah masyarakat. Akhirnya tulisan ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan dalam penentuan garisan yang memisahkan antara golongan miskin yang layak menerima zakat dan juga golongan kaya yang wajib mengeluarkan zakat menurut panduan berasaskan konsep Had al-Kifayah ini. Selain itu, ia juga diharapkan dapat memperlihatkan perbezaan antara panduan syariah dan bukan syariah dalam penentuan garis keperluan masyarakat dalam sesebuah negara.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    3
    Citations
    NaN
    KQI
    []