Strategi Pemantapan Budaya Industri dalam Seni Kraf Etnik Di Kawasan Desa Sekitar Sarawak

2014 
Seni Kraf Etnik memaparkan identiti budaya masyarakat Sarawak yang kaya dengan sumber alam dan penyatuan pelbagai kaum asli yang juga merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi di Sarawak. Daripada tinjauan rekaan dan pengaplikasian seni Kraf Etnik bukan sahaja menitik berat nilai estetika tetapi merupakan aktiviti yang menghubungkait peranan individu, kelompok masyarakat dan sumber alam semulajadi berpandukan nilai kepercayaan dan adat istiadat. Ia bermula dengan aktiviti sampingan keluarga yang tertumpu di kawasan desa persekitaran Sarawak dan berkembang menjadi industri kraf berkonsepkan Satu Dearah Satu Industri (SDSI) yang diperkenalkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Terdapat beberapa kawasan desa yang giat dalam penghasilan kraf iaitu di daerah Serian, Sarikei, Sri Aman, Betong, Miri dan Limbang. Kajian ini lebih tertumpu kepada sejauh mana keberkesanan pemantapan strategi tersebut dan penerimaan penduduk desa di kalangan kaum asli dalam mempertingkatkan aktiviti sosio-ekonomi secara komuniti melalui industri seni kraf. Cadangan strategi pemantapan lebih menitik berat kepada peningkatan kualiti dan kuantiti yang merangkumi pengaplikasian teknologi dari peringkat bekalan bahan mentah, pengeluaran dan pegembangan pasaran serta penekanan aspek modal insan yang mahir dan berilmu
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []