Profesionalisme Mufti Dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri: Analisis Terhadap Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Pahang Dan Terengganu

2021 
Pelantikan mufti dan ahli-ahli jawatankuasa fatwa negeri perlu dibuat berdasarkan Profesionalisme yang perlu ada pada jawatan tersebut untuk menghasilkan penyelidikan fatwa yang bermutu, kompeten dan diyakini. Jesteru kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti profesionalisme Mufti dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri seterusnya melakukan analisis terhadap Jawatankuasa Fatwa sedia ada.  Kaedah penyelidikan kualitatif melalui reka bentuk kajian analisis komparatif digunakan. Data yang dikumpul daripada surat rasmi, temubual, buku, artikel dalam jurnal, prosiding dan disertasi dianalisis secara deskriptif. Sementara itu, Jawatankuasa Fatwa negeri Perlis, Terengganu dan Pahang pula dipilih untuk dianalisis. Hasil kajian menunjukkan 3 kriteria utama pemilihan mufti untuk memperkasakan Profesionalisme Jawatan Mufti iaitu berpendidikan tinggi, berkelulusan syariah dan berlatar belakang sebagai ahli akademik. Hasil analisis terhadap Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mendapati kebanyakan ahli memenuhi kriteria ini manakala bagi Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Pahang masih berada di tahap yang sederhana. Kajian lanjut perlu dijalankan terhadap organisasi jawatankuasa negeri-negeri lain untuk memastikan tahap profesionalisme jawatan ini terus diperkasakan.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    21
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []