Suatu Kajian Perbandingan: Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan Oleh Menteri-Menteri Dan Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat

2018 
Abstrak Parlimen berperanan menyemak badan eksekutif dengan memastikan para Menteri bertanggungjawab kepada Parlimen di atas tindakan kementerian masing-masing. Kajian ini bertujuan menganalisis secara komprehensif salah satu mekanisme penyemakan tersebut di Dewan Rakyat iaitu Pertanyaan Parlimen yang terdiri daripada Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan oleh Menteri-Menteri (QMA) dan Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT). QMA telah dilaksanakan sejak Parlimen Pertama pada 1959 manakala MQT mula dilaksanakan pada Parlimen ke-13 pada tahun 2016. Pertanyaan Parlimen ini memainkan peranan yang signifikan di Dewan Rakyat di mana prosedur peraturan mesyuarat Dewan akan memastikan para Menteri menjawab pertanyaan yang diajukan oleh para Ahli dan ini seterusnya boleh memberi suatu hasil kajian yang bernilai kepada peranan semakan Dewan tersebut. Oleh itu, artikel ini akan membuat kajian perbandingan terhadap peruntukan QMA dan MQT dalam menyemak badan eksekutif dari aspek prosedur di Dewan Rakyat. Adalah boleh disimpulkan bahawa QMA dan MQT mempunyai perbezaan yang ketara dalam kebanyakan aspek kuasa semakan Dewan Rakyat. Pengenalan MQT telah meningkatkan lagi keberkesanan peranan semakan Dewan Rakyat walaupun peruntukan peraturan mesyuarat mengenai MQT adalah lebih ringkas berbanding QMA. Artikel ini juga menunjukkan bahawa pemahaman terhadap keputusan dan amalan Pengerusi boleh memberi penjelasan yang lanjut kepada peranan semakan oleh Dewan Rakyat. Akhir sekali, kajian ini mencadangkan langkah-langkah memastikan keberkesanan kuasa semakan Dewan Rakyat dalam Pertanyaan Parlimen tersebut.     Abstract: Parliament has an oversight role on the executive by holding the ministers responsible towards Parliament regarding their respective ministry’s action. This article comprehensively analyse one of the oversight mechanisms in Dewan Rakyat which is the Parliamentary Questions consisting of Questions to Minister for Oral Answers (QMA) and the Minister’s Question Time (MQT). The QMA and MQT respectively have been carried out since the 1st Parliament term in 1959 and 13th Parliament term in 2016. These Parliamentary Questions play a significant role in Dewan Rakyat where the procedures of the standing orders oblige ministers to answer the Members’ question and thus provide a valuable focus on the oversight role of the House. Hence this article attempts to provide a comparative analysis on QMA and MQT in scrutinising the executive from the procedural perspective. It can be concluded that QMA dan MQT have apparent differences in most aspects of the oversight role of Dewan Rakyat. The inception of MQT has further enhanced the Dewan Rakyat’s oversight function towards executive even when the provisions of the standing orders regarding MQT are more concised compared to QMA. The article also highlights the understanding of the rulings and practices of the Chairman can further provide explanation on the oversight role of the Dewan Rakyat. Finally, this paper suggests recommendation to ensure the effectiveness of the oversight of Parliamentary Questions.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []