Teori motivasi harapan dan aplikasinya dalam pembangunan penyelidikan di universiti penyelidikan Malaysia

2018 
Kertas ini akan membincangkan salah satu teori motivasi ke atas pekerja perkhidmatan awam yang terlibat dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan di Universiti Awam. Teori Harapan yang dipilih dijangka akan menentukan tahap produktiviti dan prestasi penyelidikan dalam kalangan staf akademik di Institusi Pengajian Tinggi serta mengukur tahap motivasi individu yang berkenaan. Model kajian yang akan diketengahkan ialah Model Teori Motivasi Harapan yang diubahsuai untuk menentukan tahap motivasi staf akademik bagi menjalankan penyelidikan di Universiti Penyelidikan (RU) Malaysia berdasarkan persamaan M = V x I, di mana M ialah motivasi untuk menjalankan penyelidikan, V ialah Nilai ganjaran yang diharapkan, dan I ialah kebarangkalian yang dirasakan bahawa staf yang produktif dalam penyelidikan akan mendapat ganjaran. Hasil kajian boleh digunakan untuk memperbaiki model serta mengesyorkan penambahbaikan bagi pengurusan RU, melaksana jaringan dan kolaborasi penyelidikan, keterlibatan dengan rakan RU (universiti selain daripada RU) dan mengilap potensi modal insan di Universiti Awam Malaysia.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []