Penggunaan aplikasi augmented reality dalam topik litar asas elektronik

2020 
Penggunaan aplikasi Augmented Reality dalam bidang pendidikan semakin mendapat perhatian disebabkan oleh potensi teknologi ini dalam menjadikan proses pembelajaran lebih mudah difahami dan menarik perhatian pelajar. Teknologi ini juga semakin dikenali dan digunakan dalam kalangan guru dan pensyarah bagi memudahkan mereka menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti persepsi pensyarah mengenai penggunaan aplikasi Augmented Reality dalam pengajaran topik litar asas elektronik. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dimana pengkaji menggunakan soal selidik bagi mendapatkan persepsi pensyarah yang mengajar topik litar asas elektronik. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah memberikan pandangan yang positif terhadap penggunaaan aplikasi Augmented Reality. Justeru, perlunya lebih penekanan dan pendedahan mengenai aplikasi Augmented Reality dalam kalangan pensyarah dan tenaga pengajar.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    0
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []