Cost Analysis of Psoriasis Treatment Modalities in Malaysian Public Hospitals

2019 
Psoriasis menyebabkan beban ekonomi yang besar akibat perbelanjaan yang tinggi untuk rawatan, prosedur diagnostik, farmaseutikal dan kehilangan produktiviti. Maklumat berkenaan beban ekonomi amatlah terhad. Kajian ini bertujuan untuk mengira kos berkaitan dengan empat jenis rawatan psoriasis. Kajian prospektif kohort telah dijalankan di lima buah hospital melibatkan 91 pesakit psoriasis sederhana dan teruk. Kos dikira daripada perspektif masyarakat menggunakan prinsip “Step Down” dan “Activity Based Costing” dalam tempoh enam bulan rawatan susulan. Komponen kos yang ditanggung oleh pembekal adalah kos pesakit dalam, kos ubat ubatan, kos makmal penyiasatan dan radiologi. Kos pesakit pula adalah perbelanjaan poket untuk pengangkutan dan kehilangan produktiviti. Kos sehari bagi pesakit dalam adalah sebanyak RM1,105.24 (US$315.94) dan kos pesakit luar bagi setiap lawatan adalah RM298.02 (US$85.19). Ubat-ubatan menyumbang hampir 90% (RM457,014.00) (US$130,638.45) daripada jumlah keseluruhan kos pembekal. Sementara itu, kehilangan produktiviti menyumbang 84% (RM167,439.00) (US$47,862.80) daripada jumlah keseluruhan kos pesakit. Rawatan biologik menunjukkan kos yang paling tinggi iaitu sebanyak RM342,377.00 (US$97,869.21), diikuti oleh rawatan sistemik (RM105,607.00) (US$30,187.99), rawatan topikal (RM38,280.00) (US$10,942.42) dan rawatan fototerapi (RM21,824.00) (US$6,238.44). Memahami hubungan antara kos langsung dan tidak langsung dari kedua-dua perspektif adalah penting untuk mengenal pasti dan menilai rawatan yang paling berkesan untuk psoriasis.
    • Correction
    • Source
    • Cite
    • Save
    • Machine Reading By IdeaReader
    27
    References
    0
    Citations
    NaN
    KQI
    []